Posted by : Unknown Friday, October 18, 2013

Rasanya ramai sedia maklum mengenai hubungan rapat antara bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi dan Memey Suhaiza bukan?
Justeru itu, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, Abby dilihat telah membawa suami serta anak-anaknya menziarahi keluarga Memey dan dalam masa yang sama, mereka turut menghadiri majlis tahlil yang diadakan oleh aktres tersebut di rumahnya, Selasa lepas.
Sepanjang menghadiri majlis tahlil tersebut, Abby dan Memey telah sempat berkongsi beberapa foto menarik mereka di laman sosial masing-masing. Antara foto-foto yang dikongsikan itu, admin tertarik dengan salah satu foto yang tertulis caption berbunyi :
Terima kasih ya Allah, terima kasih semua..untuk semua doa..maafkan saya tak dapat balas semua..tapi saya baca..really appreciate ..moga Allah membalas nya..sayang semua..semoga kasih sayang & ukhwah ini berkekalan..amin..suka juga pic ni sebab rasa mcm kahwin2..hehe..ok..selamat malam semua…
Menerusi foto tersebut, Abby dan Memey kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Meskipun Farhan masih lagi baru di kalangan keluarga tersebut, akan tetapi jejaka itu dilihat sudah mampu membiasakan diri serta tidak kekok apabila diminta untuk bergambar bersama.
GAMBAR: Tuuuu Diaaa....Abby Dan Memey Beraya Sekali
Abby-Memey-4

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -