Posted by : Unknown Saturday, October 26, 2013

Undi KL Andara 7 Bandar Keajaiban Dunia

KUALA Lumpur terpilih sebagai antara 28 bandaraya finalis bagi kempen Tujuh Bandar Keajaiban Dunia (N7WC) selepas berjaya melepasi dua peringkat undian.
Ibu negara melepasi peringkat pertama kelayakan sebanyak 380 bandar dan kemudiannya melepasi peringkat kedua sebanyak 77 buah bandar dan kini terpilih sebagai antara 28 bandar finalis.
Kempen N7WC adalah kempen ketiga dianjurkan oleh New7Wonders ekoran kejayaan kempen Tujuh Keajaiban Dunia dan Tujuh Keajaiban Alam Semulajadi yang memilih keajaiban dunia melalui pengundian di internet.
Bagi kempen N7WC, ia adalah satu forum bagi perbincangan tentang perancangan bandar metropolitan juga termasuk perkembangan industri pelancongan hingga rekabentuk binaan di bandar-bandar berkenaan.
Kempen N7WC dilancarkan oleh Presiden dan Pengasas New7Wonders Bernard Weber pada tahun lepas.
Kesemua 28 Finalis dipilih melalui satu Panel Pakar Bandar yang menjadikan kepelbagaian dalam sesuatu bandar antara satu elemen utama pemilihan N7WC.
Senarai bandar finalis adalah seperti berikut :-
1.  Athens (Greece) 
2.  Bangkok (Thailand)
3.  Barcelona (Sepanyol)
4.  Beirut (Lebanon)
5.  Casablanca (Maghribi)
6.  Chicago (Amerika Syarikat)
7.  Doha (Qatar)
8.  Durban (Afrika Selatan)
9.  Havana (Cuba)
10. Ho Chi Minh City (Vietnam)
11. Istanbul (Turki)
12. KUALA LUMPUR (MALAYSIA) 
13. Kyoto (Jepun)
14. La Paz (Bolivia)
15. London (United Kingdom)
16. Mendoza (Argentina)
17. Mexico City (Mexico)
18. Mumbai (India)
19. Perth (Australia)
20. Phnom Penh (Kemboja)
21. Prague (Republik Czech)
22. Quito (Ecuador)
23. Reykjavik (Iceland)
24. St. Petersburg (Russia)
25. Seoul (Korea Selatan)
26. Shenzhen (China)
27. Vancouver (Kanada)
28. Vigan (Filipina)
Kini, proses pengundian untuk memilih tujuh bandar keajaiban dunia sedang berjalan daripada senarai 28 finalis ini.
Penulis mengajak anda untuk beramai-ramai mengundi Kuala Lumpur untuk terpilih sebagai antara satu bandar keajaiban dunia seterusnya mampu meningkatkan imej Kuala Lumpur di mata dunia.
Anda klik di UNDIAN DI SINI, dan kemudian tandakan tujuh bandar penuh keajaiban pilihan anda termasuk Kuala Lumpur

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -