Posted by : Unknown Saturday, October 26, 2013

5S 5C

Sejurus selepas majlis pelancaran yang dijalankan oleh Apple pada 22 Oktober lalu, syarikat gergasi ini mula menyenaraikan harga bagi pasaran terbaru mereka seperti Mac dan iPad. Namun, anda mungkin akan terkejut apabila melihat perbandingan harga bagi iPhone 5S dan 5C antara Malaysia dan negara lain di dunia.

Buat masa ini, peranti iPhone terbaru ini telah dilancarkan di 10 negara dan beberapa minggu lalu, Apple menyatakan bahawa mereka akan melancarkan peranti ke negara lain dalam masa terdekat. Antara negara yang terlibat termasuk:
25 Oktober 2013: Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, French West Indies, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macau, Malta, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Reunion Island, Romania, Russia, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan dan Thailand.
1 November 2013: Albania, Armenia, Bahrain, Colombia, El Salvador, Guam, Guatemala, India, Macedonia, Malaysia, Mexico, Moldova, Montenegro, Saudi Arabia, Turkey dan UAE .
Senarai harga yang dibuat adalah berdasarkan harga yang dinyatakan di laman web Apple Online Store bagi iPhone versi “Unlocked” (tidak terikat dengan mana-mana syarikat telekomunikasi).
Jika anda masih belum mengetahui harga iPhone yang dijual di Malaysia, bolehlah merujuk senarai di bawah:
16GB iPhone 5C – RM1,999
32GB iPhone 5C – RM2,399
16GB iPhone 5S – RM2,399
32GB iPhone 5S – RM2,749
64GB iPhone 5S – RM3,149
Berikut adalah kompilasi harga iPhone 5S dan 5C di negara seluruh dunia:
iphone price

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -