Posted by : Anas Nazri Sunday, October 27, 2013

[Video] Bila Zizan Menyamar Jadi PENGEMIS Di Bukit Bintang
PELAKON dan pelawak Zizan Razak sememangnya seorang pelakon yang boleh membawa pelbagai watak tidak kira, baik atau jahat.
Zizan juga boleh menyamar.
Ada satu video dikongsikan di laman Facebook hari ini dari sebuah laman Facebook menunjukkan Zizan menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta sedekah di Jalan Bukit Bintang.
Bila video yang dipetik daripada satu program televisyen di saluran Astro Warna ini diambil tidak diketahui tarikhnya.
Rakaman berkenaan bermula pada sekitar pukul 2 petang dengan kamera hanya merakamkan penyamaran Zizan dari jarak jauh.
Zizan mengenakan solekan khas dan pakaian buruk seakan-akan pengemis.
Jelas tidak ramai yang mengenali Zizan dan menghulurkan wang kepadanya selepas beliau berada di situ sehingga pukul 4 petang.
Bagaimanapun, akhirnya ada seorang yang menghulurkan wang kepada Zizan, pihak kru rancangan itu mahu menemubual namun lelaki itu enggan ditemubual dan meninggalkan Zizan. – MyNewsHub

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. sekrang ni pengemis lagi kaya. satu hari boleh dapat RM300.00.Gaji awak orang ada banyak tu dalam sehari?

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -