Posted by : Unknown Sunday, October 27, 2013

Zizan Razak Buka Francais Restoran Burgerbyte
DALAM kecenderungan pengusaha restoran memilih untuk mengusahakan perniagaan francais jenama antarabangsa, pelawak Zizan Razak sebaliknya percaya pada produk tempatan apabila memilih untuk menjalankan perniagaan francais restoran Burgerbyte.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak berkata, dia mula tertarik dengan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul selepas melihat hidangan yang disediakan restoran berkenaan ringkas dan lazat selain konsep restorannya yang santai dan selesa.
“Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais.
“Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan niat untuk menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim.
“Saya juga nekad menjadi menjalankan perniagaan restoran itu secara francais selepas kagum dengan keaslian rasa masakan Barat daripada sebuah restoran yang diusahakan orang Melayu,” katanya.
Zizan ditemui pada majlis pelancaran Restoran Burgerbyte miliknya di Damansara Perdana, dekat sini pada malam Sabtu.
Tambah Zizan, kesibukan dengan kerja-kerja lakonan juga tidak penghalang untuk dirinya mengusahakan perniagaan tersebut.
“Saya percaya apabila mempunyai tanggungjawab dalam perniagaan, sibuk macam mana sekalipun kita mesti buat.
“Mungkin saya tidaklah berada di restoran dari pagi sampai malam tetapi sekurang-kurangnya saya akan mencuri masa untuk menguruskan Burgerbyte sebaik mungkin,” ujarnya.
Dalam pada itu, beritahu Zizan, restoran yanh diusahakannya itu mempunyai sebanyak 62 jenis masakan, malah Zizan turut menambah beberapa menu lain sebagai memberi kelainan berbanding cawangan lain.
Burgerbyte menawarkan kepelbagaian menu masakan Barat dan pada masa sama turut mempunyai menu citarasa masyarakat Malaysia.
Sehingga kini, Burgerbyte mempunyai tiga cawangan iaitu di Sentul, Senawang serta Damansara Perdana.
Sementara di Sri Iskandar Perak, Bangi, Semenyih dan Bukit Beruang, Melaka masih dalam proses pembikinan. – MStar

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -