Posted by : Unknown Tuesday, November 19, 2013

Adi Putra: Saya Masih Disayangi
Di sebalik kisah kontroversinya yang dikatakan menjalinkan skandal dengan isteri orang, pelakon Adi Putra tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya peminat masih menyayanginya dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
Berkata kepada portal Ohbulan, Adi menyatakan, “terpulang pada apa yang orang nak katakan, saya tak kisah. Sebaliknya saya bersyukur kerana itu tandanya saya masih disayangi dan orang masih mengambil berat tentang saya”.
Adi juga mendedahkan kontroversi tersebut langsung tidak menganggu kehidupan dan kerjaya seninya sebaliknya dia kini sedang berusaha mengembangkan perniagaan penjagaan diri jenama Hadaz yang diusahakannya.
Pelakon kelahiran Singapura ini juga berjanji akan berkongsi segala keputusan berhubung kesnya itu kelak kepada pihak media dan peminatnya di luar sana. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -