Posted by : Unknown Tuesday, November 19, 2013

Marsha Milan Pilih Jejaka Melayu Lagi
 BELAJAR dari pengalaman lalu, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kepada umum identiti kekasih barunya.
Memilih jejaka Melayu, dia sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat bulan lalu, memetik laporan Sinar Harian.
Menurut Marsha, biarpun usia jejaka itu muda dua tahun darinya, ia tidak menjadi sebarang masalah buat mereka.
Bagaimanapun, masih terlalu awal baginya untuk menamatkan zaman bujang biarpun usianya bakal menginjak 28 tahun pada tahun hadapan.
“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai. Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.
Betul juga kata Marsha itu. Lebih baik ambil masa untuk mengenali hati budi pasangan daripada terburu-buru. Nanti tak pasal-pasal merana diri. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -