Posted by : Unknown Tuesday, November 19, 2013

Ahmad Dhani Habis Wang Kerana Dul
 DEMI kasih pada anak, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang begitu tinggi berikutan kes kemalangan yang membabitkan anak bongsunya, Dul.
Berikutan itu, Dhani dikatakan pernah meminta penerbit program Indonesian Idol membayar terlebih dahulu wang pendahuluan kerana ada mangsa yang perlu menjalani pembedahan, memetik laporan Berita Harian.
Menurutnya, dia ketika itu sudah kehabisan wang, sekaligus memaksanya untuk memohon budi bicara pihak penerbit itu.
Kos perbelanjaan bukan sahaja untuk rawatan, tetapi turut meliputi pampasan dan bayaran untuk peguam.
Bagaimanapun, Dhani tetap berkeras untuk tidak meminta bekas isterinya, Maia membantunya dalam msalah kewangan tersebut.
Lihatlah betapa besarnya pengorbanan seorang bapa. Semoga ia dijadikan iktibar oleh anak-anak di luar sana agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan keluarga suatu hari nanti. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -