Posted by : Unknown Tuesday, November 19, 2013

Sweetnyer Arja Lee Beri Indah Teddy Bear Di Konsert Akhir AF2013
KL : Tahniah Murai Batu ucapkan kepada Faizul yang berjaya menjadi juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013) menewaskan 5 finalis lain di konsert akhirnya pada malam semalam.
Murai Batu sempat juga ke konsert akhir itu semalam kerana mahu memberi sokongan terakhir pada AF2013. Konsert akhir itu diadakan dengan sungguh meriah apabila dihadiri ramai penonton dan peminat bagi setiap penyokong finalis masing-masing.
Tapi, apa yang Murai Batu nak cerita kali ini adalah mengenai pemenang tempat ke-4 semalam iaitu Indah. Bukan apa, Murai Batu lihat wajahnya sangat gembira dan ceria ketika berada di majlis post party AF2013 semalam sambil memegang teddy bear berwarna pink. Nampak comel sangat!
Murai Batu tertanya-tanya juga dari siapa dia terima Teddy Bear itu sedangkan yang lain tidak pula mendapat hadiah yang sama. Pada masa itu, Murai Batu fikir mungkin peminatnya yang bagi sebagai hadiah.
Namun risik punya risik, dengarnya hadiah Teddy Bear itu diterima daripada penyanyi, Arja Lee yang juga sebelum ini merupakan peserta Prelude AF2013. Amboi sweetnya! Yelah, sebelum ni pun ada gosip mengatakan yang mereka ni seperti suka sama suka.
Malah, bukan Teddy Bear sahaja yang diberikan sebab Murai Batu lihat ianya berserta dengan kad! Wah, apa pula kata-kata Arja yang ditulis dalam kad itu ya? Haha hanya Arja dan Indah sahaja lah tahu.
Namun, apa sebenarnya maksud hubungan mereka ini sedangkan dikhabarkan Indah sudah pun bertunang! Apa pula perasaan tunang Indah bila dapat tahu hubungan mereka berdua yang dlihat seperti istimewa.
Bagaimana pun Arja memang pernah beri penjelasan kepada Murai yang mereka hanya berkawan dan tidak mahu mengganggu hubungan Indah dengan tunang. Mungkin hubungan mereka seperti kawan tapi mesra?
Entahlah, semua jawapan itu pada mereka dan Murai Batu harap hubungan mereka tidak melukakan hati orang lain terutama tunang Indah sendiri. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -