Posted by : Unknown Wednesday, November 6, 2013



SIAPA yang tak tahu kehebatan tudung Fareeda yang menjadi pilihan bukan sahaja oleh ramai selebriti, malah juga orang ramai terutamanya wanita.
Yalah, takkan lelaki pula kan? Kalau ada pun, untuk isteri dan orang yang tersayanglah jawabnya.

Melihat gambar yang dimuatnaik di laman Facebook  ’Fareeda..Nyata Jelita’ penulis kagum dengan pencapaian syarikat Bumiputra ini.

Apa tidaknya, ada peminat tudung yang sanggup bermalam di luar butik semata-mata untuk menjadi pelanggan terawal memdapatkan tudung pilihan mereka.

Bagaimanapun, penulis kurang senang melihat cara beberapa stokis Fareeda yang menjawab soalan seorang pelanggan dengan jawapan yang agak sinis dan berbaur sindiran.
Fareeda 1
fareeda 3

Kalau diikutkan, memanglah soalan itu dilihat bersifat agak sinikal, tapi sebagai penjual, seharusnya anda menggunakan pendekatan yang berhemah dan bukan membalas dengan sindiran.
Fareeda 2
Tapi penulis faham, bila perempuan dengan perempuan ni, memang mudah terasa hati. Cuma lain kali, sematkan sedikit sikap profesional anda.
Yalah, jangan disebabkan seorang dua, nama syarikat pula yang terjejas. Betul tak?
Oleh: ELZA

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. X minat langsung ngn tudung fareeda.. x menepati ciri2 menutup aurat yg dh termaktub dlm Al Quran.. tu bkn ttp aurat tp ttp rambut jer..

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -