Posted by : Unknown Wednesday, November 6, 2013



DENGKIL – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan rokok jenama John yang didapati di pasaran tempatan adalah tersenarai sebagai rokok tidak sah yang diseludup masuk ke negara ini.
Penolong Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JKDM Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rokok berkenaan diseludup masuk ke negara ini dari pengilang rokok berkenaan yang kini beroperasi di Batam, Indonesia.
Menurutnya, sebelum ini, syarikat pengilang rokok jenama itu beroperasi di Bukit Raja, Klang, Selangor, namun dikatakan terpaksa menutup operasi pada awal tahun ini sebelum membuka syarikat pengilangan rokok di Indonesia.
“Sebelum ini, rokok jenama John adalah antara jenama rokok yang diluluskan berada di pasaran tempatan sebaris dengan Dunhill dan Marlboro sebelum menutup operasi kerana tidak mampu bersaing dengan rokok tidak sah yang boleh didapati dengan mudah dan jauh lebih murah,” katanya ketika ditemui di Cawangan Khas Ibu Pejabat Kastam Dengkil, Selangor, di sini.
Zainul Abidin berkata, pada asalnya rokok John dijual pada harga minimum RM7 sekotak iaitu harga minimum ditetapkan Kementerian Kesihatan berbanding harga serendah RM3.50 sekotak bagi rokok tidak sah yang kini turut diikuti jenama rokok John itu .
Beliau berkata, pihaknya difahamkan, pengurusan syarikat pengilangan rokok jenama itu membuat keputusan menutup operasinya di negara ini kerana tidak mampu bersaing dengan lambakan rokok tidak sah lain. – Harian Metro

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -