- Back to Home »
- artis »
- Almy Nadia Sebenarnya Sudah Bertunang Dengan Fizz Fairuz?
Posted by : Unknown
Thursday, November 28, 2013
Walaupun menguncikan mulutnya rapat-rapat soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun, ramai yang mahukan Almy Nadia dengan Fizz Fairuz berkahwin.
Maklumlah, sudah bercinta begitu lama, malah Fizz pernah bertunangan dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar tetapi pertunangan itu putus tidak lama kemudian kerana Azlyn didapati isteri kedua seorang ahli perniagaan pula. Macam plot fillem, bukan?
Satu Malaysia tahu kisah Almy yang kecewa tetapi reda sewaktu mengetahui tentang berita pertunangan itu hanya melalui Internet.
Oleh sebab itu, ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti.
Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.
Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’. – Informasi Dot My