Posted by : Unknown Thursday, November 28, 2013

Hans Isaac Nafi Ada Masalah Dengan Afdlin Shauki Dan Jozan
Ketiadaan pasangan Boboi dan Jozan dalam pementasan teater Lawak Ker Der 3 menimbulkan desas desus yang mengatakan Hans Isaac mempunyai masalah atau lebih teruk lagi bergaduh dengan anggota kedua dua kumpulan tersebut.
Berita Harian hujung minggu lalu turut melaporkan yang khabarnya Afdlin Shauki berjauhan hati dengan sikap Hans Isaac yang tidak ada untuk membantunya ketika susah & perkara ini turut kurang di’senangi oleh Zizan Razak & Johan Raja Lawak.
Bercakap kepada media baru baru ini, Hans Isaac menafikan yang beliau mempunyai masalah seperti di’dakwa dan ketiadaan mereka di pentas Lawak Ker Der 3 adalah kerana mereka mempunyai komitmen lain ketika ini.
“Walaupun mereka kawan-kawan, tapi saya buat kerja secara profesional. Saya menghantar surat tawaran dan mereka menyatakan tidak dapat turut serta kerana ada komitmen lain. Saya tak faham macam mana boleh timbul isu saya ada masalah dengan mereka”
Lawak Ke Der 3 yang menampilkan Harith Iskander, Douglas Lim, Kuah Jenhan, Nabil & Jambu ini akan dipentaskan bermula 4 sehingga 8 Disember 2013 ini. Edisi Bahasa Inggeris pula akan dipersembahkan pada 6 Disember di Istana Budaya. Tiket boleh didapati di www.ticket2u.biz. – Roti Kaya
Hans Isaac Nafi Ada Masalah Dengan Afdlin Shauki Dan Jozan

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -