Posted by : Anas Nazri Friday, November 29, 2013

Amy Search Kagum Lihat Anggota Kumpulan Bunkface Solat
PENYANYI rock terkenal tanah air, Amy Search melahirkan kekagumannya terhadap anggota kumpulan muzik, Bunkface yang tidak meninggalkan solat mereka .
Menurut penyanyi itu, band berkenaan patut dipuji kerana mengutamakan ibadah walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.
” Aku ‘salute’ budak-budak Bunkface, walaupun waktu berkerja solat tak dilupakan , muda-muda sudah tunaikan umrah – Kami berkarya kerana bakat anugerah Allah SWT – Dont Judge the book by its cover,” kata Amy dalam laman FBnya.
Kami di Mynewshub.my juga bangga dengan Bunkface, sekaligus menepis persepsi negatif ramai pihak terhadap kumpulan pemuzik muda seperti mereka.
Sesungguhnya solat itu WAJIB dan boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.
Semoga perjalanan seni Bunface akan terus cemerlang sekaligus meletakkan nama kumpulan mereka sebaris dengan nama besar band di tanah air kita, InsyaAllah. – MyNewsHub

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. aku dah lama tau pun,..so sila jangan pandang hina pada budak-budak inde band ya...sewaktu aku pergi rock the world lagi aku selalu tengok banyak band-band inde ni solat bila sampai waktu...mereka hanya musician diluar tetapi didalam mereka tetap hamba Allah yang bersolat!!!

    ReplyDelete
  2. haha aku pun tak heran kumpulan hujan pun sama , tngok hujan pergi paris . dorang solat sama2 jugak ..

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -