- Back to Home »
- artis »
- Lana Nordin Ialah Doa Calon Isteri Johan As’ari Depan Kaabah?
Posted by : Unknown
Friday, November 29, 2013
KUALA LUMPUR : Tiada angin tiada ribut, Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.
Menurut laporan Berita Harian, mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin.
Johan As’ari juga percaya dan yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.
“Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari.
“Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.
Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta.
“Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik – cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan.
Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.
“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
“Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin. – Murai