Posted by : Unknown Saturday, November 23, 2013

Beberapa hari lalu, kecoh di internet apabila beberapa buah portal mengeluarkan artikel berkaitan kisah cinta antara Zizan Razak dan pelakon yang sedang meningkat naik, Emma Maembong.

Bukti Percintaan Zizan Razak & Emma Maembong Memang Benar?

Artikel tersebut mengandungi bukti secara langsung dan tidak langsung yang menunjukkan mereka sedang hangat bercinta.

Walaupun kedua-duanya enggan memberi penjelasan, namun peminat masih tidak jemu untuk membongkar gosip ini. Mungkin peminat seronok melihat Zizan dan Emma yang kelihatan serasi bersama.
Bukti Percintaan Zizan & Emma Maembong Memang Benar?

Bagaimanapun, Zizan yang dihubungi rakan media masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercerita lanjut mengenai perkara ini. 
Biarlah apa orang nak cakap. Kami lebih selesa dengan status begini. Kalau betul pun saya bercinta dengan Emma, tak mungkin saya akan umumkan sekarang melainkan jika saya benar-benar ingin berkahwin nanti. Lagi elok rasanya kami tumpu pada kerjaya dulu buat masa sekarang.
Berbalik kepada soal bukti percintaan mereka yang dikumpulkan oleh peminat, Zizan menyatakan itu hanyalah andaian semata-mata tanpa mempunyai pengesahan daripada tuan punya badan sendiri. 
Bukti apa yang mereka ada tanpa pengesahan daripada saya ataupun Emma? Sebarang status atau kemaskini di laman sosial itu semua sekadar gurauan sahaja.
Dalam masa yang sama, Zizan Razak juga menafikan dakwaan yang dia pernah ke pusat membeli-belah Pavillion sambil berpegangan tangan dengan Emma.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -