Posted by : Anas Nazri Monday, November 11, 2013


MINGGU ini kecoh khabarnya penyanyi Nas Adila akan menerima rombongan merisik daripada penyanyi Jamal Abdillah.

Tak nak mengaku mengenai hal itu, Nas kononnya menyerahkan pada Jamal untuk menjawab mengenai isu risik merisik tersebut.

Masalahnya, Miss J sekarang tengah pening. Nas Adila sebelum ini katanya sibuk bercinta dengan Aliff AF.

Dengar cerita, si Aliff ini sampai tergamak putuskan pertunangannya dengan bekas teman wanita semata-mata nak kejar cinta Nas Adila.

Wah... Macam drama! Masalahnya sekarang, tup tup Nas Adila dikatakan bercinta dan nak berkahwin dengan Jamal pula. Habis Aliff itu apa cerita? Nas Adila tinggalkan macam itu sajakah?

Macam karma pula. Dulu Aliff tinggalkan tunang, sekarang buah hati pula dikebas orang.
Cuma yang buat Miss J tertanya-tanya benarkah Nas Adila bercinta dengan Jamal? Miss J teringin sangat nak dengar apa kata Jamal?

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -