Posted by : Unknown Monday, November 4, 2013

Pelakon wanita yang berdarah kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu, Cristina Suzannetelah memberitahu bahawa dia bakal mengakhiri zaman bujangnya pada tahun hadapan bersamaan dengan tarikh kelahirannya iaitu 22 Januari 1985.
“Insya-Allah sekiranya tidak ada aral melintang saya akan berkahwin pada tahun hadapan pada tarikh kelahiran saya iaitu 22 Januari ini bertempat di kediaman saya di Kuantan,” katanya.
Segala persiapan telah pun diatur dan dibuat oleh keluarganya dalam merencanakan persiapan perkahwinannya yang tinggal hanya lebih kurang 2 bulan sahaja lagi.
“Setakat ini, saya masih juga mencari apa-apa keperluan untuk persiapan perkahwinan dan sementara itu keluarga saya di Kuantan juga turut terlibat dan banyak membantu saya uruskan acara perkahwinan saya yang dijangkakan tidak lebih kurang 2 bulan lagi ini,” ujarnya.
Selain itu, mengenai kerjayanya Cristina Suzanne bakal muncul dalam beberapa filem yang sudah tamat penggambarannya seperti filem CEO, TUJUH dan JWANITA yang semuanya bakal ditayangkan untuk tatapan para peminat tidak lama lagi.
Cristina Suzanne juga turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem KIL di Anugerah Skrin yang bakal ditayangkan secara langsung pada 29 November ini.(rtky/hfz)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -