Posted by : Unknown Monday, November 4, 2013

Sharnaaz Ahmad yang suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Shila Amzah telah mengakui sebelum ini dia tertekan ketika gosip mengatakan bekas kekasihnya itu dan Johan As’ari berkawan rapat, bercinta dan sebagainya.
“Ya, saya tahu bahawa mereka katanya sedang berkawan rapat dan pada mulanya saya sukar untuk menerima hakikat ini tetapi apabila kelamaannya saya sudah tidak kisah dan boleh menerimanya,” ujar Sharnaaz Ahmad yang ditemui.
Dia juga turut memberitahu bahawa berkat sokongan dari keluarga, dan pengurusnya telah menguatkan semangatnya untuk terus bergerak ke hadapan untuk menempuh fasa seterusnya dalam kehidupan.
“Alhamdulillah keluarga dan begitu juga dengan pengurus saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk saya terus kuat dan lebih maju ke hadapan. Biarlah benda lepas kita buang jauh-jauh,” katanya lagi.
“Rezeki di tangan Tuhan,” itulah semangat yang diucapkan oleh Sharnaaz Ahmad kerana selepas peristiwa tersebut rezekinya dalam bidang lakonan ini semakin banyak dan buktinya pada malam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) dia telah dicalonkan dalam 2 kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi drama Di Bawah Langit Mu dan filem Juvana.
“Saya bersyukur sekali selepas peristiwa tersebut hidup saya kembali seperti sedia kala dan meneruskan kerja-kerja saya seperti biasa. Saya juga bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kerjaya saya dengan menerima beberapa tawaran lakonan”
Sementara itu, dia juga turut memberitahu bahawa jiwanya kini seolah-olah kosong dan sepi.
“Saya rasa kosong dan kadang-kadang sunyi, apa yang terjadi kepada saya banyak yang saya kongsikan dari Pengurus saya dan dialah banyak memberikan sokongan dan dorongan sehingga kini,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -