Posted by : Unknown Sunday, November 24, 2013

Nama Villa Nabila memang popular sehari dua kebelakangan ini. Khabar angin kononnya 30 orang masuk ke dalam Villa Nabila tetapi hanya 7 yang berjaya keluar ternyata menaikkan lagi keseraman. Malah villa yang terletak di Johor Bahru ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia pasti membuatkan bulu roma naik jika anda singgah ke situ.
David Teo Bakal Filemkan Misteri Villa Nabila - Terbakor
usulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-
Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.
Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -