Posted by : Unknown Friday, December 13, 2013

Hamil Anak ke 2, Ayu Sambung Cuti Berlakon
 Lama tidak melihat pelakon Ayu Raudhah, 28, muncul di kaca televisyen. Kebetulan Malaysian Digest sempat bertemu dan bertanyakan khabar isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Zaquan Adha ini sewaktu menghadiri majlis pernikahan kakaknya Rozita Che Wan di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam, malam kelmarin.

“Alhamdulillah, saya sekarang semakin seronok menjadi ibu dan surirumah. Seronok uruskan suami dan anak. Sejak mengandung, saya sudah tidak berlakon lagi. Lepas bersalin saya ada berlakon tapi memandangkan saya dah jadi ibu, sukar untuk saya bahagikan masa. Anak saya pula menyusu badan. Jadi, saya biarlah dulu bidang lakonan.

“Kadang-kadang tu rindu juga nak kembali ke set. Tapi buat masa ni saya mahu beri tumpuan pada kelurga. Tambahan sekarang saya hamil 4 bulan. Jadi itu yang buat saya nak terus sambung cuti berlakon. InsyaAllah lepas berpantang nanti, kalau ada tawaran mungkin saya akan kembali berlakon, kalau tak ada pun, tak apa”, katanya yang kelihatan semakin cantik dan berseri-seri.

Berkongsi mengenai kehamilan kali kedua, Ayu berkata kali ini dia tidak mengalami sebarang alahan. Malah berita yang dirinya mengandung hanya diketahui selepas merasakan tidak sedap hati dek kerana dia tidak datang haid.

Begitupun apa yang membuatkan pelakon drama Dari Kerana Mata ini berasa lucu apabila suaminya Zaquan pula yang mengalami alahan teruk.

“Saya tak datang bulan (haid). Kalau ikutkan memang biasa bagi ibu yang menyusu badan, mungkin lambat. Tapi saya rasa tak sedap hati. Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor sahkan saya hamil.
“Kali kedua ni tak ada apa-apa alahan, Allhamdulillah. Cuma, masa awal-awal tu suami saya saja lah yang alami alah teruk. Dia pening, muntah-muntah sampai jadi tak bermaya. Dulu masa mengandung anak pertama pun, dia kna alahan juga”, katanya yang berdoa agar kali ini dikurniakan anak perempuan namun tetap menerima apa saja pemberian dari-Nya.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 21 Januari 2011. Pada 29 Mac lalu, mereka dikurniakan seorang cahaya diberi nama Muhammad Aisy Qaiser yang kini mencecah usia 9 bulan.

Pada masa sama, Ayu turut mendoakan kebahagian rumah tangga Che Ta dan abang iparnya, Zain. Menjadi antara individu paling rapat sekaligus dia melihat perjalanan cinta kakak kesayangannya itu, Ayu menyifatkan pasangan tersebut sebagai pasangan paling secocok.

“Kami rapat. Masa saya khawin, kak Ta dah mula rasa macam tak ada kawan sebab saya sibuk dengan keluarga saya. Tapi sekarang dia dah kahwin, saya doakan dia bahagia sampai bila-bila. Saya harap Zain boleh jaga dia dan anak-anak dia dengan baik.

“Selama mereka bercinta, banyak dugaan yang mereka lalui. Dengan perkahwinan ni, adalah kira satu kejayaan bagi mereka dan mereka juga perlu berdepan dengan cabaran baru pada masa akan datang. Biasa la dalam rumah tangga, perlu banyak bersabar dan tlak ansur”, tuturnya lagi.

Enggan Komen Tentang Kekasih Aidil Zafuan

Dalam pada itu, ditanya mengenai desas-desus abang iparnya yang juga merupakan bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidi Zafuan dikatakan sudah bertemu pengganti dan bakal berkahwin tak lama lagi, Ayu pantas berkata,
“Hah, yang itu saya tak mahu komen lah… Maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Bukan serik tapi kalau boleh tak nak lah apa-apa kenyataan keluar dari mulut saya. Pengalaman lalu banyak mengajar saya, Kadang-kadang kita tak berniat pun nak cakap apa-apa, tapi takut orang lain salah anggap. Maaf ya”. – Malaysian Digest

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -