Posted by : Unknown Monday, November 4, 2013

elfira baim Elfira Loy dan Baim Wong Bahagia
 “Saya senang dapat bekerjasama dengan pelakon Indonesia dan tidak pernah berasa bosan berganding dengan mereka.
“Malah saya sentiasa senang dapat bekerjasama dengan mereka kerana ia adalah kerja saya sebagai pelakon,” kata Elfira Loy mengenai kekerapan gandingannya dengan pelakon popular Indonesia.
Kata Elfira, pengalamannya berlakon dengan pelakon seperti Randy Panggalila dan Baim Wong adalah peluang terbaik dan bukan semua pelakon mendapat peluang tersebut. Bahkan dia juga banyak mempelajari teknik lakonan daripada mereka yang sangat komited ketika berada di set penggambaran.
“Mereka sudah terbiasa menjalani penggambaran sinetron beratus-ratus episod dan komitmen mereka ketika penggambaran adalah luar biasa.
“Perkara seperti ini yang saya contohi dan mereka tidak lokek ilmu tentang dunia lakonan,” tambahnya dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, sebagai pelakon… dia tidak pernah mengambil serius sekiranya digosipkan dengan Randy dan termasuk gosip terkini dikatakan sedang bercinta dengan Baim.
“Gosip berkenaan saya anggap sebagai perkara biasa untuk pelakon seperti saya, tambahan pula kami sering bergandingan dalam drama yang sama. Saya juga tidak pernah ambil peduli kerana ia tidak benar sama sekali,” katanya.
Untuk info, Elfira dikhabarkan telah bergandingan lagi dengan Baim dalam drama yang dihasilkan oleh Erma Fatima. Kali ini, Elfira membawa watak gadis buta.
“LOVE is like a wind.. you cant see it but u can feel it,” begitulah pembayang Erma mengenai drama tersebut melalui Twitternya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -