Posted by : Unknown Monday, November 4, 2013

Suka dengar kisah selebriti tempatan yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tidak kiralah apa pun jenis. Ianya seperti satu usaha untuk melihat jauh ke hadapan dari sekadar berharap kepada industri yang jujurnya tidak menentu turun naik.
Terbaru, Zizan Razak telah membuka sebuah restoran burger baru di Damansara Perdana yang merupakan francais Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul.
“Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais”
“Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan dengan menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim,” ujar Zizan Razak yang ditemui.
Zizan Razak menambah yang beliau mungkin tidak akan berada sepanjang masa di restoran ini tetapi akan tetap mencuri masa untuk datang menguruskannya kerana ini sudah menjadi satu tanggungjawab baru untuk dirinya. Go Zizan Razak!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -