Posted by : Unknown Friday, November 1, 2013

Fizz Fairuz Bakal Merisik Almy Nadia Minggu Hadapan
KUALA LUMPUR : Pelakon, Almy Nadia, 27, memberitahu dia sudah bersedia menanti rombongan merisik daripada keluarga Fizz ke rumah ibu bapanya di Balik Pulau, Pulau Pinang yang dijangka pada minggu hadapan.
Menurut laporan Mstar Online, Almy berkata keluarganya bakal terima baik romobongan keluarga Fizz dari Pahang itu.
“Keluarga akan terima Fizz, mereka tak ada masalah. InsyaAllah, majlis merisik ini akan diadakan pada minggu hadapan. Tarikhnya itu biarlah Fizz sendiri yang beritahu. Biar keluar daripada mulutnya,” kata Almy.
Almy berkata, menurut perancangan awal hanya majlis merisik sahaja diadakan tanpa majlis pertunangan kerana bimbang pelbagai perkara tidak elok akan berlaku.
Almy memberitahu agak fobia dengan peristiwa lalu yang dialami oleh Fizz, 34, apabila dia bertunang dengan seorang wanita di Pahang yang rupa-rupanya isteri orang.
“Kalau boleh kami tak mahu bertunang walaupun orang Melayu menganggap pertunangan itu sebagai adat yang perlu diikuti.
“Peristiwa yang lepas sebenarnya menjadi pengajaran. Almy takut sangat benda-benda macam tu,” ujarnya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Gadis Saza.
Kedua-dua pasangan itu dijadualkan akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -