Posted by : Anas Nazri Friday, November 1, 2013

Kongsi Gambar Cincin, Status Adira Jadi Persoalan
Status penyanyi Adira kembali menjadi persoalan apabila dia dilihat berkongsi gambar sebentuk cincin yang tersemat manis di jarinya pada akaun Instagramnya, baru-baru ini.
Sekaligus peminat mengandaikan dia telah dirisik oleh ‘teman tapi mesranya’, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin.
Sebelum dikaitkan bercinta dengan Shahrul, Adira terlebih dahulu dikatakan rapat dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan rakan seperjuangannya dalam Akademi Fantasia, Hafiz.
Malah, penyanyi berkulit putih melepak ini juga pernah diberi gelaran ‘playgirl’ disebabkan sering dikaitkan dengan banyak lelaki sebelum ini. – MyNewsHub
Kongsi Gambar Cincin, Status Adira Jadi Persoalan

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -