Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013

Inilah gambar adik Muhammad Ashraf Ikhwan, yang berusia 9 bulan dan kini terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat dari perbuatan gila seorang remaja.

Gambar Adik Ashraf, Mangsa Perbuatan Gila Remaja Remaja 17 Tahun

Adik Muhamaad Ashraf koma apabila tercampak keluar dari kereta keluarganya Grand Livina yang terlibat dalam kemalangan setelah dilarikan seorang pelajar 17 tahun semalam.

Dua yang lain iaitu Abdul Pirhat Karim, 34, dan ibu Ashraf, Che Mastura Che Awang, 31, turut cedera dalam kemalangan itu.

Remaja lelaki berkenaan melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.

Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.

Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan.

Polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan.

#Marilah kita semua sama-sama berdoa agar adik Ashraf cepat sembuh

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -