- Back to Home »
- sukan »
- Ibrahimovic, Neymar Calon Utama Gol Terbaik
Posted by : Unknown
Wednesday, November 13, 2013
JARINGAN cantik Zlatan Ibrahimovic ketika Sweden menewaskan England 4-2 pada 14 November 2012 antara 10 gol terbaik yang tercalon untuk merebut Anugerah Puskas FIFA 2013.
Penyerang Paris Saint-Germain itu menjaringkan keempat-empat gol Sweden pada perlawanan tersebut termasuklah jaringan paling menarik iaitu sepakan gunting dari jarak 30 ela yang berjaya memperdayakan penjaga gol England, Joe Hart.
Turut menjadi calon pilihan ialah Neymar menerusi rembatan cantiknya ketika Brazil menewaskan Jepun 3-0 pada Piala Konfederasi.
Anugerah Puskas FIFA tahun lalu dimenangi pemain Slovakia, Miroslav Stoch.
Undian akan disiarkan di laman web FIFA.com dan francefootball.fr sehingga 9 Disember depan dengan undian pusingan kedua bakal menampilkan tiga calon akhir untuk gol terbaik.
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 13 Januari 2014.
Berikut 10 gol terbaik yang tercalon:
1. Peter Ankersen — 10 Ogos 2013 – Esbjerg fB lwn Aarhus GF — SAS Ligaen (Denmark)
2. Lisa De Vanna — 1 Jun 2013 – Sky Blue FC lwn Boston Breakers — NWSL
3. Antonio Di Natale — 7 April 2013 – Udinese Calcio lwn AC Chievo Verona — Serie A
4. Zlatan Ibrahimovic — 13 November 2012 — Sweden lwn England — Persahabatan Antarabangsa
5. Panagiotis Kone — 16 Disember 2012 – SSC Napoli lwn Bologna FC 1909 — Serie A
6. Daniel Luduena — 27 Julai 2013 — Pachuca CF lwn Tigres UANL — Apertura Mexico
7. Nemanja Matic — 13 Januari 2013 — SL Benfica lwn FC Porto — Liga Sagres
8. Louisa Necib — 17 Mac 2013 – Olympique Lyonnais lwn AS Saint-Etienne – D1 Feminine
9. Neymar — 15 Jun 2013 — Brazil lwn Jepun — Piala Konfederasi FIFA
10. Juan Manuel Olivera — 28 Ogos 2013 – Nautico lwn Sport Recife — Copa Sudamericana