- Back to Home »
- artis »
- Kamal Adli tercabar dengan Fizo Omar
Posted by : Unknown
Wednesday, November 13, 2013
Pelakon Kamal Adli mengakui tercabar dengan rakan baiknya, Fizo Omar yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu.
Walaupun terlebih dulu menyulam cinta dengan Intan Ladyana, namun jodoh Fizo terlebih dahulu sampai daripada dirinya.
“Perkahwinan Fizo ni lebih kurang macam panggilanlah untuk saya. Saya sebenarnya tercabar tengok dia kahwin dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki, saya juga akan berkahwin. Tapi bukan dalam masa terdekat ini,” katanya yang dipetik menerusi portal Ohbulan.
Kamal, 27, juga sudah mensasarkan akan mendirikan masjid dalam masa dua tahun dari sekarang kerana dia mahu mengukuhkan dahulu kerjaya dan keadaan kewangannya untuk memberikan kesenangan hidup kepada isterinya kelak.
“Bagi saya usia tak penting, sebaliknya persediaan untuk menjadi isteri dan suami itu yang sepatutnya diambil kira,” katanya.
Oleh: AUDREY LEE