- Back to Home »
- artis »
- Ibu Johan As'ari Tak Gembira Pilihan Anaknya?
Posted by : Unknown
Friday, November 29, 2013
Pasti setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga mendambakan restu daripada kedua ibu bapa agar mahligai yang dibina nanti mendapat keberkatan daripada dunia dan akhirat.
Kisah Johan As'ari yang memilih Lana Nordin untuk dijadikan pasangan hidupnya menggemparkan seluruh peminat hiburan tanahair.
Tumpuan seterusnya pasti ke arah Shila Amzah dan juga keluarga Johan sendiri. Kini, menerusi laman Instagram ibu Johan As’ari iaitu Datin Firdaus, terdapat sekeping gambar yang dimuat naiknya pagi tadi, terpapar satu caption yang bertulis, “a sad face under the shades”.
Selain itu, ibu pelakon berusia 27 tahun itu juga menulis, “Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya”.
Mungkinkah ibu Johan tidak merestui hubungan singkat yang terjalan di antara anaknya dengan aktres seksi Lana Nodin?
Atau pun mungkin luahannya itu tiada kena-mengena langsung dengan perkembangan terkini anak terunanya itu?