Posted by : Anas Nazri Friday, November 15, 2013

Apabila terbaca tentang status seorang ibu yang meluahkan rasa sedih atas tindakan anak perempuannya di laman sosial Facebook, kesayuan tiba-tiba muncul dari dalam diri.

Ibu Sedih Dengan Perangai Anak di Laman Sosial

Dalam kes ini, si ibu meluahkan rasa hatinya ekoran status anak perempuannya di laman sosial yang diletakkan sebagai telah bertunang dan bernikah.

Status si ibu kini mulai tersebar di beberapa laman blog dan ia mengundang banyak komen berkenaan masalah yang dihadapi.

Menurut wanita itu, status anaknya yang tertulis “engaged with bla.. bla.. bla..” mengundang pertanyaan daripada saudara mara yang lain adakah benar anaknya sudah bertunang?

Kemudian, status anaknya bertukar pula menjadi “married with polan bin polan sehingga membuatkan si ibu tertanya-tanya dan merintih sendiri.

“Bila bapak budak tu meminang dia? Bila dia akad nikah? Bila pulak aku kahwinkan dia? Akukah yang tak pandai mendidik dia.. atau dia dah berasa dia BESAR sangat.. sampai tak perlu menjaga hati orang tua,” kata wanita itu.

Bagaimanapun, si ibu sepatutnya bertemu dan berterus terang dan menyatakan rasa kurang senang beliau dengan sikap anak perempuannya itu.

Apa yang terjadi sebenarnya? Adakah si ibu itu sebenarnya takut untuk menegur kelakuan anak perempuannya itu? Wallahulama.....hanya dia yang tahu tentang keluarganya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -