Posted by : Unknown Monday, November 11, 2013

Ibu Shila Tak Larang Hubungan Dengan Johan
Ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman menyatakan hasratnya bersedia menerima Johan As’ari sebagai menantunya sekiranya tertulis jodoh di antara anaknya dengan jejaka tersebut.

“Tak ada sebab kenapa saya tak suka dengan Johan, jodoh dan ketentuan, semuanya di tangan Allah SWT, kita tidak mampu nak menghalangnya. Siapa sahaja pilihan Shila, kami terima,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Kak Zie itu juga mengatakan Johan seorang yang baik, menghormati orang tua dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, yang mana kesemua kriteria tersebut diperlukan dalam diri seorang lelaki untuk menjadi pemimpin dalam rumah tangganya kelak.

Hubungan di antara Shila dan Johan mula diperkatakan apabila mereka kini kerap kali keluar bersama dan berkongsi gambar di laman sosial masing-masing.

Sejak putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad, baru kini nama Shila kembali dikaitkan dengan jejaka lain.

Namun sehingga kini baik Shila mahupun Johan, mereka tidak pernah mengiya atau menafikan hubungan mereka yang terjalin di antara mereka. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -