Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013




Pelakon seksi, Lana Nodin meluahkan dirinya berasa sedikit pelik dan hairan kerana sepanjang tahun ini dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon sama ada daripada produksi drama mahu pun filem.

Ini kerana sepanjang tahun lalu, tawaran berlakon tidak kering gusi hadir menghiasi diri aktres kontroversi ini.

“Saya tidak tahu apakah ia badi atau mungkin rezeki yang tidak menyebelahi. Jenuh saya berfikir mencari di mana salah dan silap kerana sebelum in, saya tidak pernah sepi daripada tawaran filem,” katanya yang dipetik menerusi akhbar sisipan Berita Minggu, Bipop, hari ini.
Penerbit mungkin beranggapan pelakon berusia 34 tahun ini sudah mula menaikkan harganya selepas dirinya tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 25 yang lalu.

Namun Lana menegaskan dia tidak pernah sesekali meletakkan atau menaikkan sebarang harga untuk mendapatkan khidmat lakonannya.

“Mungkin sesetengah penerbit beranggapan saya sudah mula meletak harga, tetapi itu hanya andaian.

“Jangan pantas membuat andaian tanpa terlebih dulu bertanya untuk mendapatkan kepastian,” ujarnya lagi.



Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -