Posted by : Anas Nazri Tuesday, November 26, 2013

Siapa bilang melayu tidak kreatif? My Media pun ketawa melihat gambar ini. Kreatif itu memanglah kreatif tetapi tidak sesuai dengan adat orang Melayu. Tetapi ada apa pada adat? Masyarakat kita sekarang pun main langgar je adat. Gambar yang diperolehi dari Facebook rakan My Media, ini menarik perhatian ramai.

Inilah pertama kalinya dalam sejarah perkahwinan orang melayu, karekter hero Marvel dipilih dan diguna sebagai satu daya tarikan kepada pengunjung yang hadir sehingga gambar ini tersebar di Facebook.
Namun, tidak kurang juga ada yang mencemuh gambar di atas. Kata mereka, perkahwinan usahlah dibuat main-main. Ada juga yang berkata, 'rosak tradisi perkahwinan orang melayu'.
Bagi My Media, ini hanyalah satu kelainan yang pasangan pengantin mahukan. Lagipun kahwin hanya sekali, tiada salahnya berbuat demikian jika tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain. Dari menari tarian yang pelik atau meraikan majlis perkahwinan dengan senjata api sehingga mengorbankan 3 nyawa di Yemen baru-baru ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -