Posted by : Anas Nazri Sunday, November 10, 2013

Johan Sedekah Diam Diam Pada Rumah Orang Tua
Dalam satu temu bual Johan pernah menyatakan, dia gemar bersedekah namun kebaikan itu tidak suka dihebahkan kepada umum.
Justeru tidak pelik apabila baru-baru ini, Johan dikatakan menderma untuk sebuah rumah kebajikan orang tua-tua di Selangor.
Sumbangan yang tidak dirancang itu diberikan Johan kepada penghuni rumah kebajikan ketika dia ke sana untuk menjalani sebuah penggambaran.
Johan pun pasti tidak berniat untuk menguar-uarkan sumbangannya itu, tapi kalau dah dilihat orang lain pasti ada yang bercerita tentang kebaikannya ini.
Apa pun Tuhan sudah berjanji, rezeki hambaNya akan dilimpahkan lagi jika tidak lokek berkongsi dengan mereka yang lebih memerlukan.
Tidak hairanlah, awal bulan ini Johan mendapat rezeki lumayan lagi apabila meraih tempat kedua dalam Rancangan ‘Game Show’ Super Spontan 2013 sekaligus menerima trofi dan wang tunai RM50,000.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -