Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013


Seperti yang semua tahu, nama Justin Bieber memang sukar dipisahkan dengan kontroversi dan isu-isu panas sejak dari awal kemunculannya dalam industri hiburan Hollywood.
Terbaru, sebuah portal melaporkan bekas teman lelaki Selena Gomez ini bakal berdepan hukuman penjara jika dia menjejakkan kaki ke Brazil pada masa akan datang.
Larangan itu dibuat selepas Bieber dikatakan telah menconteng dinding bangunan sebuah hotel dengan lukisan grafiti pada bulan April yang lepas.
Justin Bieber Bakal Dipenjarakan?
Menurut laporan tersebut, Bieber dikatakan melukis beberapa gambar dan menulis perkataan seperti ‘Beliebers 4 life’ dan ‘respect privacy’ pada dinding berkenaan.
Malangnya, pihak polis Brazil yang pergi ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan tidak menemui Bieber kerana penyanyi itu telah meninggalkan Brazil.
Selain daripada itu, Bieber yang ditemani oleh pengawal peribadi dan kawan-kawannya turut bertindak mencederakan jurugambar-jurugambar tempatan yang cuba merakam aksinya.
Untuk pengetahuan anda, lukisan grafiti dianggap sebagai satu tindakan vandalisme di negara tersebut dan pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara antara tiga bulan hingga setahun lamanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -