Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013

Foto Mesra Loki Cium Kepala Tiffany SNSD
Sejak Thor: The Dark World ditayangkan beberapa minggu lepas, filem berkenaan telah mencipta fenomena baru dan salah satu karakternya mula menjadi perbualan hangat di internet.
Apa yang peliknya, peminat tidak terlalu menggilai karakter Thor sebaliknya mereka lebih obses dengan watak Loki yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston.
Mungkin karakter Loki yang sentiasa berlagak sinis dan pandai berjenaka di dalam filem Thor membuatkan ramai peminat tertawan.
Malah, salah seorang anggota SNSD iaitu Tiffany juga meminati Tom. Tetapi Tiffany sangat bertuah kerana berpeluang menemubual aktor tersebut di dalam program Mnet Wide.
Foto Mesra Loki Cium Kepala Tiffany SNSD
Tidak cukup dengan itu, OHBULAN! percaya hampir kesemua peminat di seluruh dunia sekarang ini mencemburui Tiffany apabila Loki bertindak mencium kepala selebriti Korea itu sambil bergambar.
Untuk semua peminat Tom, di sini OHBULAN! sertakan beberapa video yang menjadi punca pelakon itu semakin mendapat perhatian di laman siber sekarang ini. Selamat menonton!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -