- Back to Home »
- artis »
- Kerana Anak, Rozita Ketepikan Dulu Tawaran Berlakon
Posted by : Unknown
Wednesday, November 6, 2013
Ketika ini, golongan ibu bapa tentunya sibuk memastikan anak-anak mereka yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula esok berada dalam keadaan bersedia. Maklum saja, inilah antara detik penentu kepada masa depan masing-masing.
Oktober lalu, dia turut melakukan perkara sama apabila anak bongsunya, Aniq Ezzra Azuar Effendy, 15, mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Biarpun dia sendiri sibuk melakukan persiapan bagi majlis perkahwinannya dengan pelakon, Zain Saidin, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, namun pendidikan dua anak bujangnya itu tidak pernah diketepikan wanita cantik ini.
Biarpun berjauhan, memandangkan Ammar bersekolah di Kolej Yayasan Saad Melaka, Rozita tetap mengikuti perkembangan pelajaran remaja terbabit. Baginya, tiada apa yang lebih penting selain kejayaan dua cahaya matanya itu dalam setiap peperiksaan diduduki.
“Saya memang sentiasa memberikan sokongan pada anak-anak, walaupun berjauhan ataupun sibuk dengan penggambaran. Saya tak mahu pelajaran mereka terabai atas alasan apa sekali pun. Sebagai ibu bapa, memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak adalah tanggungjawab kita.
“Saya sendiri selalu berpesan kepada mereka, masing-masing perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ketika saya berusaha menunaikan kemahuan mereka, Ammar dan Aniq sendiri perlu bertanggungjawab terhadap masa depan masing-masing, dengan mendapatkan keputusan yang baik,” katanya yang meletakkan sasaran 9A1 untuk anak sulungnya itu.