Posted by : Unknown Wednesday, November 6, 2013

Lebih selesa menghabiskan masa dengan motor berkuasa tinggi, nampaknya Fauziah Latiff mempunyai cara tersendiri untuk memastikan kehidupannya sentiasa terisi.


Bagaimanapun baru-baru ini ada juga kedengaran berita yang Jee sudah bertemu pilihan hati setelah sekian lama sendiri. Malah mereka juga sudah merancang untuk bernikah baru-baru ini.

Sungguhpun mungkin ramai yang tidak mengetahui kisah cinta selebriti ini, namun kesahihannya dikhabarkan oleh rakan-rakan baik kepada insan yang sepatutnya menjadi bakal suami Jee ini. Khabarnya buah hati Jee adalah orang berpengaruh dalam bidang ketenteraan.

Namun ketika sibuk membuat persiapan, tanpa alasan tertentu khabarnya majlis pernikahan itu tidak jadi pula untuk diteruskan, atas alasan yang belum dikenalpasti. Mungkin belum ada jodohlah untuk Jee la tu maknanya.


Kalau orang lain mungkin ada yang sudah meroyan, namun melihat Jee di laman sosial langsung tidak ada tanda-tanda bahawa wanita ini sebenarnya sedang merana dengan apa yang berlaku. Bagi Aida, Jee memang seorang wanita yang tabah, mungkin pengalaman lalu banyak membantu Jee untuk mengawal keadaan ini.

Melihat Jee juga, kami percaya masih ramai lelaki di luar sana yang masih menaruh perasaan. Mungkin setelah dua kali menjanda perspektif Jee terhadap perkahwinan juga amat teliti kini.

Merupakan ibu kepada dua anak bujang, nampaknya Jee mempunyai sebab yang kuat untuk tidak terlalu terburu soal perkahwinan. Doa Aida moga selepas ini Jee akan bertemu dengan lelaki yang akan membahagiakan dirinya sehingga ke akhir hayat selepas ini.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -