Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013




Walaupun berdepan dengan saingan hebat filem blokbuster luar negara, Thor The Dark World, namun filem terbaru terbitan Metrowealth Sdn Bhd, Highland Tower berjaya mengutip sebanyak RM2.1 juta selama seminggu tayangannya yang dibuka bermula 31 Oktober lalu.

Nampaknya walaupun berdepan dengan masalah penonton histeria di pawagam, nyata perkara itu tidak menjejaskan kutipan filem arahan Pierre Andre itu.

Highland Tower yang ditunjangi adik Pierre, Mikael Andre, Niezam Zaidi, Shima Anuar dan Atikah Suhaime menceritakan perjalanan kumpulan tujuh orang yang ingin membuat dokumentari berkaitan kawasan tragedi itu yang dikatakan kini berhantu dan menyeramkan.
Namun pelbagai kisah seram mula tercetus selepas dua orang daripada mereka mula dirasuk oleh entiti di situ sehingga memaksa mereka meninggalkan kawasaan itu dalam keadaan serta-merta.

Mereka kemudiannya perlu berpatah balik ke kawasan tersebut kerana dikhuatiri telah membawa pulang seseorang yang bukan rakan mereka.
Bagaimanakah kesudahan cerita ini?

Jom saksikannya di pawagam yang berdekatan anda. Sesekali sokonglah filem Melayu kan, kalau bukan kita, siapa lagi..


Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -