Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013


Jika diperhatikan penyanyi remaja, Najwa Latif tidak pernah menyanyikan lagu ciptaan komposer lain selain daripada ciptaannya sendiri dan juga kakaknya, Ika Latif.
Yang menariknya semua lagunya mendapat sambutan yang baik daripada peminatnya dan pemerhati industri hiburan tanah air walaupun dia boleh dikatakan baru setahun jagung dalam bidang ini.

Mengulas mengenai dirinya yang dikatakan enggan menyanyikan lagu ciptaan komposer lain, Najwa mengatakan, “bukan saya berlagak tapi buat masa sekarang saya lebih selesa bekerjasama dengan kakak saya”.

“Memang ada beberapa orang komposer yang mahu saya menyanyikan lagu mereka tapi saya terpaksa tolak. Kebanyakannya tak kena dengan ton suara dan genre yang saya bawakan,” katanya memetik kenyataan di portal Ohbulan..

Selain itu, penyanyi berusia 18 tahun ini juga mengatakan dia tidak bersedia untuk mencipta lagu untuk dinyanyikan oleh rakan penyanyi yang lain kerana merasakan dirinya memerlukan masa untuk memperbaiki lagi kemahirannya dalam bidang itu.

Untuk makluman, dua lagu ciptaan dan nyanyian Najwa telah tersenarai pada Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 28 iaitu lagu Sahabat dan Adamu.

Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -