- Back to Home »
- informasi »
- Lelaki Malaysia pemurah?
Posted by : Unknown
Thursday, November 14, 2013
Ipoh: “Kami dijanjikan pendapatan lebih lumayan di Malaysia kerana ejen beritahu lelaki di negara ini lebih pemurah dan penyayang,” kata salah seorang warga Vietnam dikenali sebagai Binh, 24, yang berkhidmat sebagai pekerja di sebuah pusat spa di bandaraya ini.
Dia yang berasal dari daerah Phu My Hung turut berharap ada pelanggan dalam kalangan lelaki tempatan sudi mengahwininya seperti mana berlaku pada rakannya yang dihantar bekerja di Korea Selatan atau Taiwan.
Menurutnya, aktiviti jijik di Vietnam menghadapi persaingan sengit dan kebanyakan rakan-rakannya ‘dieksport’ ke China, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia oleh sindiket.
“Ada yang benar-benar sukarela dan ada yang ditipu sindiket yang berselindung di sebalik agensi mencari jodoh atau agensi menyediakan pekerjaan di luar negara.
“Ada yang benar-benar sukarela dan ada yang ditipu sindiket yang berselindung di sebalik agensi mencari jodoh atau agensi menyediakan pekerjaan di luar negara.
WANITA Vietnam yang menawarkan khidmat seks.
“Saya sendiri bersama rakan-rakan dibawa masuk ke Malaysia awal tahun ini dengan menggunakan pasport sebagai pelancong.