- Back to Home »
- tips cinta »
- 7 Sebab Kenapa Perempuan Harus Tinggalkan Kekasihnya
Posted by : Unknown
Thursday, November 14, 2013
Jikalau kekasih anda masih berhubung dengan bekas kekasihnya sebagai kawan, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada perhubungan anda dengan kekasih. Masalah hanya akan timbul jikalau kekasih anda masih mencintai bekas kekasihnya. Simptom utama yang menunjukkan kekasih anda masih mencintai bekas kekasih adalah kekasih anda sanggup berbuat apa sahaja jikalau bekas kekasihnya perlukan pertolongan tanpa mengira waktu dan tempat. Sebagai contoh, kekasih anda sanggup meninggalkan anda keseorangan ketika anda berdua sepatutnya makan malam bersama kerana kereta bekas kekasihnya rosak ataupun kekasih anda lebih rela menghantar bekas kekasihnya pulang selepas waktu bekerja dan menyuruh anda menaiki teksi sahaja pulang dari kerja. Bagi anda yang penyabar, anda akan cuba sedaya upaya untuk memahami bahawa kekasihnya hanya berniat baik dan hanya ingin menolong bekas kekasih tetapi berhati-hatilah kerana anda mungkin akan terluka jikalau kekasih anda ingin balik kepada bekas kekasihnya.
Kekasih miang atau kaki perempuan
Kekasih anda suka memandang perempuan lain ketika anda keluar bersama. Kekasih anda selalu berbalas mesej yang romantik dengan ramai perempuan di laman sosial. Kekasih anda juga ramai kawan perempuan dan dia selalu sahaja tidak mempunyai masa untuk anda dan apabila anda mengajak kekasih anda keluar, dia sering memberi alasan sibuk bekerja. Anda selalu terserempak kekasih anda keluar dengan perempuan lain. Apabila anda bertanya mengenai perempuan tersebut, kekasih anda akan memberi alasan "kami hanya kawan", "dia sepupu saya", "kami hanya rakan sepejabat" dan sebagainya. Tidak salah jikalau anda ingin mempercayai kekasih anda kerana dia mungkin berkata benar akan tetapi jikalau kekasih anda selalu keluar dengan perempuan yang berlainan dan sering tersenyum ketika menjawab panggilan atau sms, itu bermakna dia mungkin berpotensi suka melayan ramai perempuan atau mempunyai kekasih yang lain. Mengapa perlu mengambil risiko untuk bersama lelaki seperti ini jikalau dia tidak mempunyai masa untuk anda tetapi mempunyai masa untuk melayan dan keluar dengan perempuan lain.
Kekasih kuat cemburu
Anda dan kekasih sering bertengkar kerana kekasih anda cemburu melihat anda berbual dengan kawan lelaki. Kekasih anda mahukan password laman sosial anda kerana dia ingin tahu anda berhubung dengan siapa. Kekasih anda tidak membenarkan anda berkawan dengan mana-mana lelaki apatah lagi berhubung dengan bekas kekasih anda. Dia juga akan sentiasa sms dan call untuk tahu dengan siapa anda keluar. Kekasih anda akan selalu memeriksa handphone anda ketika anda keluar bersama. Tidak salah jikalau kekasih anda mempunyai perasaan sedikit cemburu kerana cemburu itu tandanya dia menyayangi anda tetapi jika dia melampaui batas dan mula mengongkong anda seharusnya anda angkat kaki daripada meneruskan hubungan dengan lelaki sedemikian.
Kekasih kaki control
Kekasih anda suka mengawal kehidupan anda. Sebagai contoh, setiap kali keluar bersama, dia akan tentukan di mana tempat anda akan pergi dan enggan memberi peluang kepada anda untuk memilih. Dia akan menentukan dengan siapa anda akan berkawan tidak kira kawan lelaki ataupun perempuan. Jika kekasih anda menemani anda membeli-belah, dia akan menetukan baju fesyen apa atau warna apa yang anda patut beli. Kekasih anda juga akan masuk campur dalam semua keputusan yang anda akan buat. Jikalau anda selesa dengan lelaki sebegini, tidak mengapa kerana terdapat perempuan yang suka dikawal lelaki. Akan tetapi jika anda seorang perempuan yang inginkan pendirian dan kemahuan sendiri, anda tidak seharusnya bersama dengan lelaki sebegini.
Kekasih kaki "pau" barang
Sememangnya dalam perhubungan, kadang-kadang kita tidak kisah berkongsi harta benda seperti kereta, laptop dan sebagainya dengan kekasih kita kerana kita tahu selepas berumah tangga kita juga bakal berbuat demikian tetapi berkongsi pun kita kenalah berpada-pada. Jika kekasih anda suka meminjam kereta anda dan hanya memulangkan kereta anda apabila anda memintanya. Kemudian, dia suka menggunakan barang-barang anda seperti telefon, laptop tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada anda kerana dia menganggap barang-barang anda adalah barang-barangnya juga. Yang lebih parah lagi jika kekasih anda suka menggunakan kad kredit atau kad bank anda sesuka hati dan mengambilnya sendiri dari dompet anda tanpa pengetahuan anda. Anda harus berwaspada dengan lelaki begini, berkemungkinan besar dia bersama anda bukan kerana cinta tetapi kerana harta anda.