Posted by : Unknown Sunday, November 17, 2013

Beberapa hari ini rajin pula kami melihat akaun Instagram Lisa Surihani, mencari kisah yang boleh kami paparkan untuk anda semua. Guess what, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU kini dalam siri jelajah cuti cuti Malaysia — dan kini berada di Sarawak.
Sekitar penghujung Oktober yang lalu, Lisa Surihani mula berkongsikan beberapa keping gambar ketika beliau dan suami berada di Terengganu melawat tempat tempat yang menarik dan tarikan pelancongan di sana.
Kemudian muncul gambar pasangan ini di Kelantan. Tepat pada waktu kerana ketika itu pasukan bola sepak Kelantan sedang hangat dengan kempen menentang Pahang di peringkat akhir Piala Malaysia. Kelantan kalah.
Dan seterusnya mereka ke Bukit Fraser, Pahang sebelum bertolak ke Pulau Langkawi, Kedah dan menjelajah Pulau Pinang & Ipoh, Perak.
Mungkin berehat seketika untuk Yusry KRU menghadiri majlis anugerah Shout! Awards 2013 dan selepas itu pasangan ini terbang ke Sabah & Sarawak di’mana lokasi mereka berada sekarang.
Anda berdua memang pasangan yang adventurous. Buat kita semua, layankan gambar percutian jelajah satu Malaysia yang mereka kongsikan bersama peminat menerusi Instagram beberapa minggu kebelakangan ini. Enjoice! (rtky/m)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -