Posted by : Anas Nazri Sunday, November 17, 2013

Pelakon yang pernah di’landa kontroversi besar tahun lalu, Zahida Rafik mengakui yang beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berstatus bujang dan berusia 41 tahun sekitar tahun depan.
Pengakuan ini sekaligus melenyapkan kontroversi yang melanda sebelum ini mendakwa artis itu mempunyai hubungan dengan seorang kenamaan.
“Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang saya kenali sejak lapan tahun lalu. Insya-Allah, kami juga merancang berkahwin tahun depan”
“Saya rasa tidak perlu mendedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan, si dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Si dia juga baru berusia 41 tahun, masih bujang dan bukannya suami orang,” ujar Zahida Rafik.
Pelakon ini turut berkata yang beliau sepatutnya berkahwin tahun ini namun hasrat itu terpaksa di’tangguhkan atas perkara yang tidak dapat di’elakkan. Perancangan kahwin tahun depan masih belum mempunyai tarikh tetap.
“Apa yang penting, saya bahagia dengan kehidupan kami sekarang,” tambahnya lagi. (rtky/m)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -