Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013

Mamat Enggan Bersama Fida Dalam MLM 2013
PETALING JAYA : Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim pernah meminta bekas kekasihnya Mamat (Sepah) untuk bergandingan bersama dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Bagaimanapun Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata, dia menolak ajakan Fida itu kerana menganggap kedua-dua mereka tiada keserasian dalam membuat persembahan lawak.
“Fida pernah mengajak saya bergandingan dalam MLM. Tetapi saya tolak dengan cara baik.
“Walaupun orang di sekeliling saya memberitahu gandingan kami mungkin boleh menambahkan kontroversi tetapi saya rasa itu bukan caranya.
“Saya lebih mementingkan kualiti berbanding mencari kontroversi tanpa sebab,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Mamat, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama mungkin akan kembali sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup.
Dalam pada itu Mamat memberitahu, dia lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013.
Dalam pada itu, Fida turut berentap dalam pertandingan lawak itu bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan.
“Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang.
“Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013,” ujarnya. – mStar Online

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -