Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013

Zizan Lelaki Paling Rapat Dengan Saya Sekarang, Dakwa Emma Maembong


Bukan sekali dua gosip bertebaran mengatakan pelakon cantik manis Emma Maembong kini sedang hangat menyulam cinta dengan pelawak popular, Zizan Razak.
Mengulas mengenai perkara itu, Emma lebih selesa menjelaskan Zizan kini merupakan lelaki yang paling rapat dengannya dirinya.
“Apa yang boleh Emma katakan, Zizan adalah lelaki yang rapat dengan Emma sekarang.
” Emma dah pernah berjumpa dengan keluarga Zizan dan begitu juga dengan Zizan yang dah berjumpa dengan keluarga Emma.
” Kalau boleh Emma tak mahu perbesarkan isu ini dan biarlah jodoh serta hal peribadi Emma menjadi misteri,” katanya kepada portal Gua.
Selain itu, Emma juga enggan namanya dikaitkan dengan sebarang kontroversi yang boleh menjatuhkan namanya kerana ayahnya sudah memberi amaran tidak membenarkannya berlakon lagi sekiranya perkara sebegitu terjadi.
Baguslah begitu, bukan apa, peminat sekarang lebih menitik beratkan bakat seseorang artis itu daripada kisah-kisah cinta.
Tak gitu

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -