Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013

Nad Zainal menafikan desas-desus yang kononnya hubungannya dengan teman lelaki yang juga merupakan pelakon drama ‘Dewi Lasak’, Azwan Kombos kini mengalami keretakan. Menurut Nad, hubungan mereka berdua masih seperti biasa dan menganggap gosip yang timbul sebagai khabar angin semata-mata.

“Saya sendiri tidak baca mengenai isu ini dan apabila ada pihak yang menyampaikan kepada saya, saya agak terkejut juga. Di sini saya ingin memberitahu bahawa isu mengenai saya dan kekasih sudah putus cinta adalah satu spekulasi semata-mata.

Mungkin sebab kami jarang berjumpa dan peminat sudah lama tidak nampak gambar kami berdua dimuat naik dalam lama sosial Instagram, sebab itu isu ini boleh timbul,” ujar Nad ketika ditemui pada majlis ‘Debaran Anugerah Skrin 2013’, di Sri Pentas 2, Shah Alam, baru-baru ini.

“Hubungan kami memang tiada sebarang masalah dan kami masih lagi berkawan. Bagi saya, gosip adalah perkara biasa yang berlaku kepada artis dan semuanya terpulang kepada cara artis itu sendiri  menanganinya.


Kami percaya isu ini akan habis serta berlalu dengan cepat dan baik saya mahupun Azwan, kami tidak mudah melenting kerana masing-masing faham dengan situasi yang berlaku,” jelas Nad yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama ‘Mawar Putih Tanda Perpisahan’ bagi Anugerah Skrin 2013.

“Ini kali pertama saya tercalon dan ia merupakan pencalonan paling besar buat saya. Saya tak meletak sebarang harapan sebab saya bertanding dengan Umie Aida. Dia adalah idola saya dan saya sendiri sangat memandang tinggi pada dia,” kata Nad yang turut bersaing dengan Sharifah Amani (Fatihah Untuk Abah), Nora Danish (Di Bawah Langit Mu) dan juga Sherie Merlis (Perempuan Itu Ibuku) untuk kategori tersebut.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -