- Back to Home »
- artis »
- Noh terharu dengan Perubahan Mizz Nina
Posted by : Unknown
Sunday, November 10, 2013
SHAH ALAM: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, menganggap perubahan isterinya Mizz Nina kearah mendalami ajaran Islam adalah suatu perkara yang sangat menyentuh hatinya sebagai seorang suami.
Noh, 28, berkata, dia sentiasa menyokong apa juga tindakan isterinya terutama ke arah kebaikan dalam rumah tangga mereka.
"Dia tahu apa yang dia lakukan dan sebagai suami sudha tentu saya menyokong apa yang dia buat jika perkara tersebut ke arah kebaikan kami berdua.
"Baru-baru ini dia ada mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al-Quran dan ada ketikanya dia meminta saya membaca Al-Quran selepas solat. Perkara-perkara yang dia lakukan itu membuatkan saya terharu," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, jelas Noh, Mizz Nina tidak pernah memberitahunya tentang tindakannya untuk berhijrah.
"Dia tidak pernah beritahu saya tentang dia ingin berhijrah atau bertudung. Itu antara dia dengan Allah dan semua yang dilakukan adalah atas kehendak dirinya sendiri.
"Tentang bertudung, dia ada cuba-cuba untuk pakai sebelum kami menunaikan Haji, tapi sekarang saya tidak tahu sama ada dia ingin terus memakai atau tidak, biar dia buat keputusannya sendiri," katanya.
Bercerita tentang pengalaman menunaikan Haji baru-baru ini, Noh berkata, ia adalah satu pengalaman manis dalam hidupnya.
"Pengalaman paling bermakna ialah ketika di Arafah yang mana saya berdoa dengan Nina.
"Sebenarnya kami tak pernah jangka dapat menunaikan Haji secepat ini. Perancangan tu ada tapi saya anggarkan dalam tiga tahun lagi sebelum dapat anak. Bagaimanapun saya rasa sangat bersyukur," ujarnya.
God bless with the changing mizz nina..and may Allah bless you and husband
ReplyDelete