Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013



TEXAS – Manusia paling kurus di dunia kini disandang oleh Lizzie Velasquez yang berusia 24 tahun. Gadis berkenaan bukan kurus disebabkan dia mengalami masalah pemakanan iaitu aneroxia sebaliknya ia berpunca daripada sindrom yang jarang ditemui di dunia ini.
Penyakit itu hanya dialami oleh dua manusia sahaja di dunia ini.
Dia dilahirkan tanpa lemak di badan, justeru menyukarkannya untuk menambah berat badan.
Selain itu, Lizzie juga mengalami masalah penglihatan di sebelah matanya, serta sukar melakukan pergerakan badan.
Dengan ketinggian hanya 5 kaki dua inci, Lizzie hanya seberat kira-kira 23 kilogram, menyebabkan dia perlu makan setiap 20 minit meliputi 60 kali hidangan setiap hari.
Keadaan ini menyebabkan dia dibuli di sekolah dan di media sosial.
Namun di sebalik cabaran tersebut, Lizzie menjadi tabah dan berani berdepan dengannya, malah dia menjadi penceramah motivasi serta menulis dua buah buku untuk menceritakan mengenai keadaannya.
Buku-buku berkenaan mencatat jualan paling laris dan dia juga berjaya memerikan motivasi sebanyak 200 jam setahun.
Ketika menceritakan mengenai dirinya, Lizzie berkata, dia bangkit daripada kesedihan dan bertekad untuk melakukan sesuatu dalam hidup.
“Saya terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk menerima diri sendiri dan menerima hakikat bahawa individu yang saya lihat di cermin itu adalah diri sendiri,’’ katanya.
Jelas Lizzie, menjadi sasaran pembuli di sekolah telah menjejaskan kehidupannya .
“Ibu bapa saya membesarkan saya untuk menjadi normal dan mereka tidak pernah memberitahu bahawa saya berbeza dengan orang lain,’’ katanya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -