Posted by : Unknown Sunday, November 24, 2013

Baru-baru ini Hanez Suraya Abdul Aziz, dilaporkan telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim, atau lebih dikenali dengan Dasha atas dakwaan telah memfitnah dan mengaibkannya. Malah, Hanez juga memaklumkan Dasha atau wakilnya tidak menghadirkan diri ke mahmakah pada Isnin lalu.

Pembantu Peribadi Hanez Tampil Beri Kenyataan Balas

Dasha telah menghubungi sebuah portal hiburan untuk memberikan kenyataan balas. Dalam pertemuan yang diadakan di Kafe Delicious, Bangsar Village baru-baru ini Dasha memberitahu yang dia tidak pernah mendapat sebarang surat atau arahan yang memintanya hadir ke mahkamah pada Isnin (18 November).

“Saya tak dapat apa-apa surat yang mengatakan saya kena datang ke mahkamah. Itu yang saya tanya, macam mana boleh cakap saya tak datang ke mahkamah. Saya hanya dapat surat ‘Letter of Demand’, bertarikh 16 Oktober yang meminta saya meminta maaf dalam masa 48 jam kepada umum. Jadi saya dah buat seperti yang diminta. Saya fikirkan semuanya sudah selesai. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan berita yang saya perlu hadir ke mahkamah pada Isnin lalu. Sedangkan saya tak tahu apa-apa. Saya tahu pun apabila ada orang telefon saya, tanya saya kenapa tak datang ke mahkamah dan Hanez dah memberikan kenyataan yang saya tidak hadir ke mahkamah,” jelas Dasha membuka cerita.

Jelas Dasha lagi, ekoran perkembangan terbaru itu, dia juga telah mendapatkan khidmat nasihat peguam untuk menyelesaikan kemelut antaranya dengan Hanez Suraya.

“Saya telah melantik seorang peguam. Kami telah berbincang mengenai perkara ini dan peguam terbabit telah meminta saya tampil memberi kenyataan balas kepada pihak media kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Hanez macam memfitnah. Dia kata saya tak datang mahkamah, sedangkan saya tidak mendapat apa-apa surat pun yang menyuruh saya ke mahkamah,” jelas Dasha lagi.

Mengenai surat ‘Letter of Demand’ yang diberikan oleh Hanez kepada Dasha, Dasha telahpun meminta maaf kepada Hanez menerusi akaun Twitter dan Instagram milik Dasha dalam masa 48 jam setelah menerima surat tersebut.

“Masa itu saya seorang, belum lagi melantik peguam, saya tak tahu apa nak buat. Jadi apabila di suruh minta maaf, tanpa banyak berfikir saya terus minta maaf keranaa enggan lagi mengambil tahu tentang dia,” tutur Dasha lagi.

Dalam masa yang sama, Dasha juga sempat berkongsi kisah yang mencetus kepada krisis ini.

“Memang ada sedikit perselisihan faham. Ia bermula apabila dia mendakwa saya tidak ikut dia ke lokasi penggambaran ‘Love You Mr Arrogant’. Pada hari terbabit, Hanez hanya ada satu babak, jadi saya bertanya kepada dia sama ada saya perlu ke lokasi penggambaran atau tidak. Hanez jawab tidak perlu kerana hanya ada satu babak. Tetapi selepas itu, dia tiba-tiba mengatakan saya tidak mahu hadir ke set penggambaran, sedangkan sebelum itu saya sudah pun bertanyakan kepada dia,” cerita Dasha yang sudah serik untuk menguruskan artis.

“Selepas itu, mungkin dia marah pasal apa yang saya tulis dan hashtag di Twitter. Saya tidak tujukan kepada sesiapa. Apa yang saya tulis di Twitter dan Instagram adalah untuk umum. Saya jumpa banyak artis dan banyak orang, saya tidak tujukan kepada sesiapa.

"Selepas saya buat video permohonan maaf pun, seperti yang Hanez mahukan melalui surat ‘Letter of Demand’, saya tidak melakukan apa-apa lagi, habis di situ sahaja. Bahkan jika ada orang yang bercakap mengenai Hanez, saya jauhkan diri sebab saya tidak mahu lagi terbabit atau dengar apa-apa mengenai dia,” tutur Dasha lagi.

Sebelum menamatkan perbualan hari itu, Dasha turut memberitahu dia sebenarnya tidak mahu melibatkan mahkamah dalam menyelesaikan perselisihan faham antaranya dengan Hanez Suraya. Jelas Dasha, seboleh-bolehnya dia mahu kemelut ini diselesaikan secara baik.

“Saya dah berbincang dengan peguam dan sebenarnya saya mahu selesaikan sahaja perkara ini secara baik. Saya tak mahu memanjangkan cerita. Bagaimanapun, saya akan serahkan perkara ini kepada peguam. Selepas ini peguam saya akan berbincang dengan peguamnya. Saya masih lagi menanti surat daripada peguamnya," ujar Dasha.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -